Friday, January 9, 2015

Nasihat dari penganalisis ekonomi mengenai kewangan 2015

Ulasan tentang ekonomi oleh Prof Dr Hoo Ke Ping (Pakar Penganalisa Ekonomi) dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O (27/12/14).

Negara kita semakin menhampiri krisis kegawatan ekonomi. Ekoran harga minyak dunia yg semakin menurun, ringgit malaysia semakin tenat. Nasihat beliau kepada semua rakyat Malaysia terutamanya muda mudi :

1. Berjimat cermat. Berbelanja bila perlu sahaja. Berhati hati dengan YES (YEAR END SALE) kerana pembaziran boleh berlaku dlm suasana SALE ini. 

 2. Elakkan berhutang kerana di masa akan datang interest dr pihak bank akan naik. Kelak kita akan MATI utk cuba membayar interest.

***3. JANGAN BELI PROPERTY dlm masa 2-3 tahun ini kerana harga rumah pasti akan turun seperti mana yg sudah berlaku di Singapura dan UK dek kerana 'OVERSUPPLY'. Tambah beliau di sekitar lebuh raya Kesas shaja, sejumlah 20ribu unit property yg sudah mendapat CF namun hanya 20-30% shja yg terisi. Oleh itu rancanglah utk memiliki sebuah property apabila hrga rumah turun dan EKONOMI kita semakin pulih. 

4. Lakukan investment jangka masa panjang utk mengembangkan wang kita. Pelbagai investment yg ada seperti insurans, tabung haji, unit amanah, skim persaraan swasta, saham, dll. Jangan hanya menabung di dlm bank. 

Selamat Menempuh tahun 2015 yang penuh mencabar ini. Selamat Tahun Baru.